WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Tuesday 16 October 2012

AKU RINDU BEBELAN IBUKU

     ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan.. sejahat-jahat mana pon kita dia tetap menganggap kita sebagai anak. dulu aku selalu merungut, ibu x sayangkan aku, selalu jer membebel.. buat itu salah, buat ini salah.. semua yang aku buat ada jer yang tak kena... biler balik rumah mesti kena marah.. mak aku law marah bukan stakat marah jer, membebel la jawabnya.. nak x nak dkt 30 mnt law dia membebel.. aku pg maen bola pon dia membebel, aku tidow pon dia membebel, x dgr cakap dia lagi la membebel... law sehari x membebel memang x sah.. stress oitt bler kena membebel jer... dulu aku rasa macam neraka plak biler duk kat rumah...

     kini aku dah besar, dah x duduk dengan ibu aku lagi.. kini baru aku sedar, ibu aku membebel dkt aku sbb dia syngkan aku.. sbb dia x nak aku terjebak dengan masalah sosial.. dia nak aku jd orng yang berguna.. .
skrang aku dah x kena membebel lagi, law balik kampong pon ibu ku dah x membebel lagi kat aku.. kesian jgak aku tengok adik2 aku kena membebel tiap2 hari... aku dulu macam 2 jgak.. aku x boleh menipu diri aku... aku rinduw bebelan ibuku... bebelan ibuku lah yang membuatkan aku jd seorng insan bkn setan...

huhuuhuhu... apa2 pon aku rindu bebelan ibuku.... aku rindu ibuku.... I LOVE U MOM...


Monday 15 October 2012

LALOH JUNIOR players


( 20 tahun )
(19 tahun )
( 19 tahun )
( 17 tahun )
( 17 tahun )
( 17 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 15 tahun )
( 15 tahun )

Sunday 29 July 2012

zAmAn RemAjAku....

REMAJA.... bagi yang dah dewasa, mesti diorang dah lalui zaman remaja... 
Bagi aku, zaman remaja paling best dalam hidup nie. Nak tau kenapa, sebabnyer di zaman remaja ler yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Terlalu banyak benda yang aku pelajari di zaman remaja.


Menagis, ketawa, gembira, suka duka, pahit manis, cinta, persahabatan dan macam2 lagi dapat aku belajar di zaman remaja. REMAJA mengajar aku erti persahabatan sebenar.. Pesahabatan, ramai orang berkawan tetapi x tahu erti persahabatan, Bila senang, sentiasa bersama, tapi biler susah semua nyer menghilangkan diri. Bagi aku, kalau kita x nak menyusahkan diri kita, sekurang2-kurangnya jangan menyusahkan orang lain.


Remaja juga mengajar aku erti CINTA.. di zaman ini ler aku mengenali cinta monyet..  Orang ader cakap, zaman remaja zaman bercinta.. Aku akui sebab aku sendiri bercinta di zaman remaja.. Tetapi yang aku heran, kenapa bercinta sampai sanggup bunuh diri akibat cinta ditolak. Bagi aku Cinta di zaman remaja hanya cinta monyet.. Cinta yang x mengenal erti Cinta. Aku dulu bercinta macam x bercinta jer.. Cinta minyet ler katakan.


Banyak kenangan manis dan pahit aku di zaman remaja aku, kenangan paling manis buat aku di zaman remaja dulu masa aku form 5. Masa tu aku terlibat dalam perkhemahan agong sekolah aku. Terlalu banyak rintangan masa perkhemahan tu, Sebenarnya, aku pengerusi merangkap skuad leader PBSMM sekolah. Seminggu sebelom perkhemahan, aku diberitahu yang aku x dibenarkan join perkhemahan atas sebab aku terpilih untuk menyertai English Camp peringkat daerah. Cikgu memutuskan aku untuk pergi ker camp tersebut.. Luluh hatiku mendengar khabar tersebut. Aku dah plan selama 2 bln untuk rampas balik mahkota perkhemahan sebab mase aku form 4 kiteorng tewas. nak x nak kena jgak pergi camp.. Tapi alhamdulillah, disebabkan aku nie ketua pengawas, so aku diberi kebebsan untuk memilih antara camping or camp. So, aper lagi, aku pilih camping ler.. Nak dijadikan cerita, team aku bergaduh dengan geng2 Fasilitator sebab geng2 fasilitator dr team pengakap.. pengakap memang musuh kiteorng mase 2. So byk ketidakpuas hatian yang berlaku, termasuk dr segi layanan kepada kami.. Team aku di anak tirikan.. Alhamdulillah, selesai jer perkhemahan, dan sesi pembahagian hadiah, team kami dapat johan keseluruhan.. ahahhahahhaha, segala cita2 aku tercapai walaupon banyak halangan yang kami tempuhi...


Kenagan pahit plak masa aku form 3, setahun aku lalui dengan air mata, bermula dengan kematian kawan ku pada bulan april, member aku dr sekolah rendah ag terlibat dalam kemalangan jalan raya, selang 2 bln, seorang ag sahabat aku meninggal dunia juga kerana kemalangan. Sebulan selepas itu, cg aku pula yang meninggal kerana barah otak.. Yang paling aku kecewa, kejadian bulan august. guru kelas ku yang juga teacher aku merajuk dengan geng2 kelasku disebabkan member aku wat hal. Menangis kiteorng satu kelas meminta maafdekat teacher aku tu. Heboh satu sekolah mengetahui form 3 Khas menangis sebab teacher diorng merajuk.. tp alhamdulillah, keadaan kembali seperti asal selepas seminggu, Teacher kite orng memaafkan semua geng2 aku.. pada bulan 11, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorng lagi ckgu aku akibat kemalangan jalan raya. Dan penutup tahun 2007, bulan disember, seorang lagi kawan aku meninggal dunia akibat kemalangan.. tahun 2007 adalah tahun gelap bagi diriku.. tahun berlinangan air mata


k lah, setakat nie dulu aku cerita kisah2 remaja ku... insyaallah aku akn post lg psal zaman2 remaja nie...

Sunday 1 July 2012

LaLoh JuNior...

geng2 laloh junior 2012... laloh junior baru ditubuhkan pada bulan mei yang lepas....  pemain2 laloh junior berusia 20 tahun ke bawah...

Saturday 24 March 2012

SOLAT itu lebih baik dari TIDUR

ASSOLATUKHOIRUL MINANNAUM..................
( SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR )

     Hanya pada azan subuh sahaja kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa dari azan pada waktu solat yang lain. Sayangnya kita sering alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia.
     Ia bukan semata-mata ayat untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik dari tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.
    Allah membangunkan kita pada waktu subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba anda fikirkan mengapa kalimah itu hanya dilaungkan pada sewaktu solat Subuh, tidak waktu solat yang lain?
     Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Mengapa? Sebabnya, jangka masa inilah berlakunya perubahan pada sistem tubuh, yakni kenaikan tegangan saraf iaitu dalam perubatan Cina turut dikenali sebagai perubahan saraf simpatis ( yang ) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis ( yin ).
     Kajian perubatan Cina ini juga mendapati bermula antara pukul 3.00 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur meningkat. Risikonya, peningkatan adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.
     Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung. Pada tahun 1990-an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuleh darah. Zat yang diberi nama 'nitrik oksida' ini berfungsi untuk mengembangkan atau melebarkan pembuluh darah.
     Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh seseorang sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan banyak gerakan selepas bangun daripada tidur. Bermakna, kadar nitrik oksida dalam darah akan meningkat apabila anda bangun dari tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekali gus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.
     Sesungguhnya, setiap yang telah diwajipkan ALLAH itu terkandung manfaat dan kebaikanya. Allah yang Maha Mengetahu, Dialah yang mengejutkan hamba-hambaNya dari lena dan menerangkan bahawa solat itu lebih baik daripada tidur melalui kalimah azan itu sendiri.

( petikan dari mastika edisi April 2012 )

Tuesday 20 March 2012

KISAH LAWAK : BaPAk bOreK AnaK riNTiK....

Terdapat dua beranak, seorang bapak dan seorang anak. Mereka berdua nie selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. Sudah ramai penduduk sekampung yang jadi mangsa pembohongan mereka berdua. Lama-kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat buruk itu. Bomoh pon mengarahkan dua beranak ini supaya pergi ke sebuah bukit.
 " Panjat sampai ke puncak air terjun, lepas tu terjun! Ada berani?" soal bomoh berkenaan. Hanya cara itu sahaja dapat sembuhkan penyakit suka berbohong. Lalu kedua beranak itu pon memanjat bukit sehingga sampai ke kawasan air terjun. Tapi, masing-masing takut untuk terjun ke bawah. setelah hampir 10 minit, barulah si bapak sanggup terjun dulu. Si anak mula panik bila melihat bapanya tidak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

ANAK : KENAPA LAMA SANGAT, PAK?
BAPAK : BAPAK JUMPA KAWAN KAT BAWAH TADI, DIA AJAK AYAH MINUM KOPI DULU 
KAT WARUNG TU. APA LAGI KAMU TUNGGU, TERJUNLAH!!!!

Lalu si anak pon terjunlah. sekejap saja terus timbul di permukaan air lalu menghampiri bapaknya.

BAPAK : HAH, KENAPA BERBENJOL KEPALA KAMU TU????
ANAK : INI SEMUA BAPAK PUNYA PASAL. BAPAK MINUM KOPI TADI TAK BAYAR. DAH TU SAYA PULAK YANG KENA PUKUL KAT DAHI NIE..

HAHHAHAHHAHAHA... DUA2 KAKI KELENTONG......

Saturday 17 March 2012

mY FirSt LoVE StOry<<<<<<<>>>>>>>>

Cinta pertama... Aku nak kongsikan sedikit psal cinta pertama aku. Mase tu aku baru masuk tingkatan 3. Mase tu aku x guna phone lg, mak aku jer yang ader phone. Pada suatu hari, ada seorang bdak tingkatan satu bagi surat kat aku . Surat dia lbh kurang mcm nie..

hai, assalamualaikum hafifi, nama saya -----, sya sebenarya nak cakap sesuatu kat awk. sye suke sangat kat awk, mse sekolah rendah ag sye suke kat awak. tp skang nie sye dah x sekolah skli ngan awk, sye skolah kat laen, sye rinduw nak tngok muka awak. awak nie hensem ler, dah ler pandai, huhuuu..  nie no phone saya 01----------. saya harap awak sudi ler mesej ngan saye.

So, lepas dpt surat tu, aku pon gile byng ler. Yelaw, bdak tu mmg comel. Aku knl ngan bdak tu, tp x pnh bercakap pon mse kt skolah rendah dulu. Aku x sangka plak dia suke kat aku. huhuhuu.. Ade jgak yg nak kat aku nie. So aku pon curik ler phone mak aku. Aku pon snd msj, dan dr situ ler bibik2 cinta aku dan si dia bermula. 
Dia yng selalu call aku, tp sblm call aku yg snd msj dulu. Bukan aper, kan x psal2 mak aku thu psal nie. kantoii.. Kitorng selalu bergayut, n sepanjang kiteorng couple, kiteorng x pnh jumper pon. Mklumler dia duk kat bndr, aku duk kt kg. X der mse nk jumpe, just bercinta dlm msj jer la.
Pada suatu hari, aku kena pg kem kat smk manek urai, kem bahasa english untuk PMR. Kem 2 selama 3 hari 2 malam. Nak dijadikan cerita, aku kenal ngan bdak sekolah awek aku tu, n kiteorng mmg rapat. Member aku nie boleh tahan hensem ler,n bdak hot kat sekolah dia. Pada malam last tu, member aku cakap dia nak tunjuk something kat aku. Dia cakap nak tunjuk gambar buah hati pengarang jantung dia. Aku pon excited ler nak tengok, mesti awek dia cun giler. Dia pon tunjuk ler, mula2 aku tengok cun jugak awek dia nie. Biler tengok kali kedua, terkejut aku. Ruper-rupernyer tu gambar awek aku. Aku pon cuak ler. Tp aku wak rilex jer. aku pon tnye member aku psal awek dia tu. Dia pon cakap ler yng awek dia nie nama ------, tinggal kat mner, dulu pernah sekolah kat mner n byk ag.
huh, mmg btol ler apa yang dia cakap tu sama macam awek aku. adoi.... Sedihnya kena maen kayu tiga ngan pompuan. Balik jer rumah, aku terus ambik phone mak aku n snd msj kat dia. Aku x ckp byk pon, aku cakap hbngn kter ckp stkt nie dan jgn gangu hdp aku lg. Aku x cakap pon kat member aku yang awek dia 2 awek aku jgak..  aku harap diorng kekal ler. n x lme selepas tu aku dgr diorng clash. x thu ler sebab ape.    itu ler cerita cinta pertama aku. sedihkan. nie la namanya CINTA MONYET. Pengalaman mendawasakan aku, cukuplah sekali aku kena tipu ngan pompuan.

Tuesday 6 March 2012

Aku MenGaMuk Di DaLam KElaS...

Aku mengamuk di dalam kelas..   hahahahha... tiba2 jer teringat kisah2 silam..  masa tu aku baru 2 bulan masuk kelas satu kat sek keb laloh, kt kg aku..  masa 2 kanak2 ag.. kanak2 ribena..  hahahah.  mase tu aku gaduh ngan member sekelas sebab berebut buku latihan..  gaduh punya gaduh sampai cg masuk kelas.. lepas 2 cg pon denda la kiter orng..  kena rotan kat tangan..  oleh sebab aku x puas hati ngan member n cg tu, habis meja2 dan kerusi aku terbalikkan..  hahahah mengamuk macam orang gila...

cikgu pon x leh wak per2..  masa 2 ayah aku ada kat sekolah sbb dia ada mesyuarat PIBG, ayah aku pegang jawatan pengrusi PIBG, so lps mesyuarat 2 ayah aku datang n memujuk diriku yang tengah mengamuk..  dia pujuk dengan bagi duit sebanyak 10 hinggit..   lepas dapat duit tu ayah aku bawak ke kantin.. n aku pon dah x mengamok ag...

biler ingt2 balik, terasa lucu plak aku boleh mengamuk kat dalam kelas..  habis satu kelas berselerak...  hahhhahahaahha

Sunday 26 February 2012

video of me and my friend


aku buat video nie untuk mengimbas kembali kenangan bersama kawan-kawan semasa di sekolah menengah dahulu sehingga sekarang. buat teman yang tiada dalam gambar, aku mintak maaf sebab hanya gambar-gambar nie jer yang sempat aku kumpulkan..

erti CINTA dalam hidupku



CINTA....  Apa itu cinta. Pentingkah cinta dalam hidup kita. Siapa yang berhak kita cintai. Adakah cinta hanya mainan di usia remaja. Bercinta untuk keseronokan atau bercinta untuk menunjuk-nunjuk. Ramai yang tidak mengenali cinta yang sebenarnya. 


Cinta monyet adalah cinta di alam remaja. Kenapa dipanggil cinta monyet. Cuba kita tengok telatah monyet apabila melihat pompuan, pasti monyet itu tidak senang duduk. Buat mulut muncung dan kadang-kadang buat aksi tonggeng untuk mendapatkan perhatian. Tidak kira pompuan itu tua atau muda, cantik atau hodoh, monyet akan tetap berperangai macam itu bila melihat perempuan. begitu juga cinta monyet. cinta yang tidak memberi apa-apa makna. Bercinta tanpa memilih dahulu adakah pasangan itu baik atau jahat, asalkan dapat bercinta. itulah maksud cinta monyet bagiku.

CINTA dan SAYANG membawa maksud berbeza. Kita boleh menyayangi seberapa orang yang kita mahukan. Kita berhak menyangi dan berhak disayangi. Namun berbeza dengan cinta, bagi aku cinta hanya ada dua sahaja iaitu cinta pada ALLAH SWT dan cinta pada RASULULLAH SAW. Cinta lebih agung dari sayang. Oleh itu cintailah Pencipta kita dan pemimpin kita kerana tanpaNya siapa kita di bumi ini. Kita hanya hamba yang kerdil. Tiada kesempurnaan dalam hidup ini. Ingatlah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

Sunday 19 February 2012

kisah sedih di thailand

minggu lepas aku ikut member aku pg kt bukit kayu hitam. Jalan2 sambil makan angn. Sebelum pulang ke peneng, member aku bawak aku masuk thailand untuk dinner kat sana. Dia cakap ada satu kedai yang best kat sana. So, aku ikut jer la. Masuk je thailand aku nampak bezanya budaya orang malaysia dengan thailand. Jauh bezanya.

Aku sbenarnya nak cerita satu cerita sedih. Kisah nyer berlaku masa kite orng tunggu makanan nak sampai. masa 2 kiteorng sedang rancak berborak. tiba2 member aku terkejut. Aku heran apsal plak member aku nie. Dia terkejut trngok seorang budak tengah menyembahnya. Sebenarnya budak tu bukan menyembahnya, tp meminta simpati dari kami. Aku merenung ke arah budak itu, aku tatapi wajahnya yang kusut masai tu. hatiku tersentuh bila melihat keadaan budak tu. member aku pon bagi ler duit kat budak 2. lepas tu dia pg plak ke meja laen.. slepas meja aku, dia ke meja sebelah. aku tengok jer budak nie. budak nie aku anggarkan dalam usia 8-10 tahun.

orang yang sebelah aku nie langsung x endahkan budak tu. aku tengok budak tu sedih, dan air mata nya mengalir. huh.. sedihnya.. terharu, aku rasa nak menangis jer,. tapi aku tahan sebab malu dengan member2 yang laen.. lepas 2 budak 2 pg ke meja yang terakhir. ada seorng pemuda menghulurkan wang, dan memberikan air kepada budak 2. lepas 2 budak 2 terus menghilangkan diri..

sepanjang perjalanan pulang ke pulau pinang, aku asyik teringatkan budak 2. nasibnya yang begitu amat menyedihkan. aku x boleh nak bayangkan sekiranya budak itu aku sendiri atau adik aku sendiri. terpaksa meminta sedekah dan simpati untuk sesuap nasi. aku hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara dan memberikan kekuatan pada budak tu....

Friday 10 February 2012

DIJUMPAI SEMULA SELEPAS 6 HARI HILANG ....

BUKIT MERTAJAM- selipar kesayanganku dijumpai semula selepas hilang selama 6 hari, 
selipar tu hilang pada hari jumaat lepas masa aku solat jumaat kat masjid jalan baharu. aku pakai selipar sandel sebab x der selipar laen, biasewnyer x hlng pon, tp nasib ari tu malang, bila aku keluar masjid n pg tmpt rak kasut, aku tgok selipar aku sudah hilang, puas aku cari tp x jumpa, aku pon apa lagi, pau selipar jepon n terus balik. bengang aku sebab selipar kena curi. 
nie ler gambar sandal yang hilang 2


hari2 aku cuba cari kot2 ada bdak2 yg pakai selipar aku, namun x jumpa,2-3 kali aku pg masjid pon still x jumpa. petang semalam, sebelom aku nak maen bola, aku pusing2 dulu satu taman, tiba2 hatiku tergerak nak lalu ikut depan masjid, masa aku lalu 2 aku jngok kat dalam masjid, lpas tu aku ternampak selipar aku berada atas rak, aku pon masuk dalam masjid n trs ke rak, nasib aku baek sbb mmg btol slipar aku, alhamdulillah, jumpa jgok selipar aku. ygaku heran, saper yg letak balik kat situ, sedangkan dah 2-3 kali aku datg msjd 2 untuk cri selipar tp x jumpa2. apa-pon aku bersyukur kerana jumpa balik selipar 2. dah ler harga RM150.. saper x bengang kalau hilang kan...

Thursday 9 February 2012

PUISI BUAT DIRIMU YA RASULULLAH

Di keheningan malam yang indah,
rembulan terang memancarkan cahayanya,
bintang-bintang tidak pernah berhenti berkelipan,
deruan angin malam yang menusuk di kalbuku,
membuat aku rindu padamu ya RASULULLAH,

aku rindu kepimpinanmu,
aku rindu kebijaksanaanmu,
aku rindu keberanianmu,
aku rindu kecekalanmu,
aku rindu senyuman darimu ya RASULULLAH,

walaupon kita tidak pernah bersua,
walaupon kita belum pernah berbicara,
walaupon kita tak pernah bergurau senda,
namun hatiku aku tetap merinduimu,
jiwaku tetap akan menyintaimu ya RASULULLAH,

cintaku padamu sejauh nun jauhnya langit ke 7,
rinduku padamu bagaikan bunga yang mekar mewangi,
kasihku padamu umpama matahari yang terang menyinar,
sayangku padamu ibarat air sungai yang mengalir jernih,
hanya dirmu yang ku rindui ya RASULULLAH,


sinar matamu bagaikan cahaya yang menerangi hidupku,
anggun wajahmu bak ombak di laut yang tenang,
budi pekertimu tiada tandingan,
pengorbananmu akan ku kenang sepanjang zaman,

andai dapat ke bertentang mata denganmu,
andai dapat kebersua muka denganmu,
andai dapat ku bebicara denganmu,
andai dapat ku mencium tanganmu,
itulah makna kebahagian buat diriku,
buat pengubat hatiku yang rindu,
buat penawar jiwaku yang selalu menyintaimu,

ya RASULULLAH,
aku terlalu sayang padamu,
aku terlalu cinta pada dirimu,
aku terlalu kasih dengan tubuhmu,
aku terlalu rindu dengan budi pekertimu,
aku sayang, cinta, kasih, rindu padamu ya rasulullah.

Nukilan
Nama : Muhammad NorHafifi bin Muhammad @ Muhammad Nawi

Friday 27 January 2012

my education story......

aku mula mengenali ilmu waktu umo 4 thn..  mse 2 mak aku slalu bwk aku ke kls tdka smbl hntr abg aku.. so aku tmpng ler skaki bljr kat c2..  mse umo 5 thn aku pon masuk tadika kemas kt kg aku..  mase 2 aku dah knl hrf2 n nombor, so sng ler follow aper yg cg cakap. mse umo 5 thn aku dpt no 5 dlm ujian akhr. bngga ler sbb aku baru 5 thn mse 2. lps 2 aku still bljr kat tadika 2, mse umo 6 thn, ujian akhr aku dapat no 2. ok ler 2. bler masuk tahun 1 aku dltakkan dkls pertama. every exam aku dpt straight A n dpt no 1 dlm kls. mse tahun satu bljr mcm kat tdika jer... huhuhuuh

biler masuk tahun dua aku dah x pegang status no 1 dlm kls.. jrng2 jer dpt no 1.  bgtu ler strsnya smpai tahun 6. tp still berada dlm klompok 5 terbaik.. huhuh...  mse percubaan upsr aku dapat 4A1C...  n mse UPSR pon aku dapat kptsn yg sama 4A1C..  aku dapat tawaran ke sekolah elit at bandar. dua sekolah iaitu SYP1 n SYP2.. aku suka sgt2 sbb dpt twrn.. yela aku kn sekolah at kg..  namun kerana masalah kewangan aku x dpt ke skolah trsbt,,,  aku nak sgt2 ke skolah 2, nmn fmlyku mnghlng krna kesempitan wng.. kalau aku skolah at bndr mesti byk blnja so nak x nak skolah jer at kgku.

aku bersekolah di SMK LALOH, jrk sklh ngan umh aku just 100 m jer..  mla2 ase sdh jgk sbb x dpt ke skolah elit, namun fmly ku cakap sekolah at mner2 pon sme jer, asalkan kter berusaha.  so aku trima seadanya..  aku dltkkn di kelas kedua pd tgktn satu, aku kna ambik bhsa arab.. susahnye bhsa arab nie..  mse form 2 aku naek ke kls no 1 smpai ler form 3.. stiap kali exam aku dpt no bwh dr 10.. huhuuh..  mse percubaan PMR aku dpt 4A n mse PMR sbnr dpt 5A.. aku sgt2 gmbra, nmn fmlyku terutamanya ibuku mnghrpkn aku dpt lebih dr itu..  malah cg2 d skolahku terget aku dpt 7A...  tp bg aku dpt 5A pon dah bngga sbb kt sekolah aku yg plg tggi just 6A.. nmn rmai cg yg mmndng serong kpda kami sbb perts sekolah jth teruk..

oleh sbb dpt 5A, aku skli lg dpt twrn ke sekolah elit n teknikal iaitu SYP2 dan SMK Teknik..  namun masalah yg sama berulng, fmly ku msh lg mmpnyai mslh kwngn..  namun aku x sedih sbb aku dah wt kptsn untuk sekolah di kgku sjer...  aku dan member2 laen bertekad dan brjnji utk menaikkn smla perts sekolahku bila SPM..  so aku trs sekolah at SMK LALOH yg ku syng sampai tamat t.5...  mse trial SPM aku hnya dpt 3A jer..  stiap kli aku exam aku dpt 3A jer. A bg subjekBM, MATE, n Agama..  so aku target 3A jer la utkSPM...  bler kptsn SPM diumumkn aku rkjt sbb dpt 4A...  aku x sngka yg aku dpt A dlm subjek sjrh.. xpnh pon aku dpt A sblm nie, plg tggi aku dpt ialah B untuk sejarah.....   aku mmg gmbra sgt2....

alhmdulillah perts sekolahku menaik dgn mnddk dmna skolah aku dpt tmpt ke-3 terbaik daerah dan ke-50 terbaik negeri kelantan. cg2 smua mengucapkan trima kasih kpda kami atas kejayaan mnghrmkn nama sekolah..  aku trsa happy sgt2 sbb dpt kotakan jnji utk menaikkn smla prestasi sekolah aku..

skrang aku dah berada di menara gading...  di UITM peneng.. aku mngmbl jurusan Civil Engineering..   skng aku baru sedar knapa fmlyku x bg aku sekolah kat bndr...  btol kta mereka, sekolah dimana2 pon sama, asalkan kiter rjn berusaha...  aku bersyukur sgt2 sbb dikurniakan keluarga yg slalu mnyokong dan guru2 serta warga SMK LALOH yg sntiasa membantu aku.....

Wednesday 25 January 2012

kenangan di minggu FKA 2011


nie ler geng2 aku.. sebelah kanan sekali namanyer zulaikha, tgh2 yg x braper macho 2 aku, n yg kt tpi 2 munirah. sebenarnya group kteorng nie ada 4 member tp sorng x dtg mse prtndgn. pertndngn nie dianjurkan oleh fakulti kejuruteraan awam uitm peneng. di mana kami kena membina sebuah bandar masa depan.

idea bagi bandar kteorng di olah oleh zulaikha dan munirah, aku just membantu jer. diorng yg byk wt kjew aku just buat satu bgnn jer.bgnn yg terletak kat depan munirah 2..   walaupon stu bgnn tp nak siapknnya lama kot. aku start wt kul 8 mlm smpai 3 pg bru siap.


nie ler bgnn yg aku buat..  bkn senang tau nkwt..  pcah kpla otak nie nk pkr sal design dia...  aku ilhamkan bgnn nie dr segitiga bermuda dmana bgnn nie trdpt pusat komunikasi.. yg kt tgh2 2..  yg 3 bgnn 2 adalh tmpt tggl..


bndr kteorng nie sebenarnya bnda dalam laut....  so mse present 2 tkot jgak ler.. dah ler kna speaking...   judge plak tye mcm2.. group kteorng yg plg byk dia tye...  nasib baek smua soalan dapat jawab...

akhrnya time kptsn nk diumumkn.. kteorng x bjet pon mng coz group2 laen byk ag yg cantik...   tmpt ketiga dmngi group dr klass A, tmpt kedua dmngi oleh group dr klass kteorng..  dan juaranya saper lg law bkn kteorng...  aku yg pg ambik hdiah 2..  bngga cheq oiiiiii........

dpt ler RM 100... kteorng pon bgi2kn kpda stiap ahli....  aku nak ucapkan thankz ler kpada zulaikha n munirah yg bg aku member plak open mind.. idea2 yg bernas....  
 nie ler antara bndr dr group2 laen
gambar bwh nie yg dapat no 2
gmbr bwh nie yg dapat no 3







Monday 23 January 2012

KISAH SERAM DI TAMAN NEGARA MERAPOH



cerita nie berlaku pada tahun 2007. Nie adalah kali kedua aku mengikuti perkhemahan peringkat sekolah. aku mewakili pasukan PBSM yng mana kteorng menang johan keseluruhan pada tahun tu. nie la first time kteorng menang keseluruhan dalm perkhemahan peringkat sekolah. perkhemahan kali ini diadakan di taman negara merapoh, pahang. kami berkhemah selama 4 hari 3 malam.


kisah seram ini berlaku pada hari ke-3, sehari sebelom kami tamat perkhemahan. pada hari tu kami membuat aktiviti jungle tracking. kami terpaksa berjalan di dalam hutan menuju ke gua gajah yang terletak di dalam taman negara. sememangnya taman negara ini terkenal dgn gua gajah. kami terpaksa berjalan 5.5km ke gua tersebut dan patah bailk 5.5km ke tapak perkhemahan. so, kami terpaksa menmpuh 11km untuk menamatkan jungle tracking nie. alhamdulillah tiada apa2 berlaku semasa ke gua gajah tersebut. dalam gua tersebut kami dibawa melihat sarang kelawar dan batu yng menyerupai bentuk kepala gajah. selepas itu kami pulang ke tapak perkhemahan. kami mengambil masa dalam 4 jam untuk aktiviti ini. alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak elok berlaku terhadap kami, cuma hanya beberapa orang sahaja yang pengsan akibat sesak nafas. alhamdulillah mereka sedar selepas dibantu oleh cikgu dan geng2 kami.


petang itu kami tidak menjalankan apa-apa aktiviti kerana agak keletihan. kami hanya diberikan masa untuk membuat persiapan ataupon rehearsal malam bakat yng akan diadakan pada malam nanti. setiap pasukan beruniform dibenarkan membuat rehearsal dimana sahaja. kira-kira dalam pkul 6, hujan turun renyai2. kami pon mengambil keputusan untuk pulang ke tapak perkhemahan, dikawasan tapak perkhemahan itu, pasukan pengakap tengah membuat rehearsal di mana mereka berdikir barat. hujan terus turun dengn lebat manakala pasukan pengakap masih lagi berdikir barat. selepas itu cikgu mengarahkan mereka untuk berhenti kerana x elok berdikir barat pada waktu2 hujan.  


kini sudah masuk waktu maghrib, kami diarahkan membuat persedian untuk ke surau. hujan renyai2 sambil angin bertiup sepoi. tiba2 kedegaraan seorng peserta perempuan meraung di hadapan tandas perempuan. dalam pada itu kilat mula sabung menyabung, dan tidak semena-menanya bekalan elektrik terputus. sekeliling kawasan perkhemahan menjadi gelap. cikgu mengrahkan semua berkumpul. dalam pada masa yang sama, dua lagi peserta perempuan turut dirasuk. keadaan menjdi semakin teruk. kilat tidak berhenti sabung mnyabung. cikgu mengarahkan semua peserta berkumpul di dalam surau. semua pesrta di kumpulkan di dalam surau bersama 3 orang peserta perempuan yang dirasuk. kami diminta untuk melaungkan azan dan membaca surah yassin..


keadaan menjadi lebih teruk, 3 orang tadi meracua2 apabila azan berkumandang dan bacaan yassin dialunkan. peserta-peserta laen termasuk aku mulai merasai ketakutan dan hanya mampu memegang surah yassin sahja. tiba2 seorng lagi diasuk. kali nie pesrta lelaki.peserta lelaki yang dirasuk itu cuba untuk keluar dari surau namun sempat di halang oleh cikgu.  ke-empat2 mereka meracau2 sambil alunan yassin masih kedengaran. tidak lama selepas itu, seorang bomoh datang.  malangnya bomoh tersebut x dapat buat apa2.


keadaan semakin tenat, semakin ramai yang dirasuk, sudah pon menjangkau 10 orang yang dirasuk. aku terus sahaja membaca yassin bersama member2 yang laen. tiba2 member yang berada di belankangku pulak meraung, hatiku luluh, seorng lagi dirasuk. aku cepat2 membaca surah yassin. baca dan terus baca tanpa mengendahkan orng laen kerana takut. aku rasa terlalu takut. aku hanya memikirkan hendak pulang kerumh sahaja. sudah tidak tahan degan keakutan ini. dalam pada aku mebaca yassin itu, tiba2 kawan di sebelahku terdiam dengan tidak semena2nya. aku semakin takut. badannya keras, matanya melopong. member2 yang laen cuba membantu, dia x bergerak langsung. aku semakin takut. menggigil seluruh badan ku, akhirnya seorng member ku mengalungkan azan di telinganya dan akhirnya dia kembali kepada normal.  


keadaan masih lagi tenat, kira-kira 14 orng peserta telah dirasuk, cikgu mengarahkan semua peserta keluar dari surau bagi memulihkan peserta-peserta yang dirasuk. selepas hampir satu jam, akhirnya keadaan kembali normal. kesemua peserta yang dirasuk sudah pulih namun kesemuanya sudah tidak bermaya. seorng peserta terpaksa dikejarkan kehospital keran sesak nafas. kami dikumpulkan di tempat makan dan x dbenarkan kembali ke tapak perkhemahan. kami semua tidow di tempat makan namu aku x boleh melelapkan mata kerana masih lagi trauma dengan peristiwa itu. 


keesokannya keadaan kembali normal,  selepas sesi pembahagian hadiah kami terus bersiap untuk pulang.  


di sekolah heboh tentang peristiwa itu, menurt cikgu, gangguan tersebut berlaku kerana pesrta membuat bising semasa berada di dalam gua gajah. dan satu lagi sebabnya bermain gong iaitu salah satu alat yang digunakan untuk dikir barat. menurut pengamal, benda2-benda halus amat sensitif apabila gong di palu pada waktu2 hampir maghrib..