WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Sunday 19 February 2012

kisah sedih di thailand

minggu lepas aku ikut member aku pg kt bukit kayu hitam. Jalan2 sambil makan angn. Sebelum pulang ke peneng, member aku bawak aku masuk thailand untuk dinner kat sana. Dia cakap ada satu kedai yang best kat sana. So, aku ikut jer la. Masuk je thailand aku nampak bezanya budaya orang malaysia dengan thailand. Jauh bezanya.

Aku sbenarnya nak cerita satu cerita sedih. Kisah nyer berlaku masa kite orng tunggu makanan nak sampai. masa 2 kiteorng sedang rancak berborak. tiba2 member aku terkejut. Aku heran apsal plak member aku nie. Dia terkejut trngok seorang budak tengah menyembahnya. Sebenarnya budak tu bukan menyembahnya, tp meminta simpati dari kami. Aku merenung ke arah budak itu, aku tatapi wajahnya yang kusut masai tu. hatiku tersentuh bila melihat keadaan budak tu. member aku pon bagi ler duit kat budak 2. lepas tu dia pg plak ke meja laen.. slepas meja aku, dia ke meja sebelah. aku tengok jer budak nie. budak nie aku anggarkan dalam usia 8-10 tahun.

orang yang sebelah aku nie langsung x endahkan budak tu. aku tengok budak tu sedih, dan air mata nya mengalir. huh.. sedihnya.. terharu, aku rasa nak menangis jer,. tapi aku tahan sebab malu dengan member2 yang laen.. lepas 2 budak 2 pg ke meja yang terakhir. ada seorng pemuda menghulurkan wang, dan memberikan air kepada budak 2. lepas 2 budak 2 terus menghilangkan diri..

sepanjang perjalanan pulang ke pulau pinang, aku asyik teringatkan budak 2. nasibnya yang begitu amat menyedihkan. aku x boleh nak bayangkan sekiranya budak itu aku sendiri atau adik aku sendiri. terpaksa meminta sedekah dan simpati untuk sesuap nasi. aku hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara dan memberikan kekuatan pada budak tu....

No comments:

Post a Comment