WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Sunday 26 February 2012

erti CINTA dalam hidupku



CINTA....  Apa itu cinta. Pentingkah cinta dalam hidup kita. Siapa yang berhak kita cintai. Adakah cinta hanya mainan di usia remaja. Bercinta untuk keseronokan atau bercinta untuk menunjuk-nunjuk. Ramai yang tidak mengenali cinta yang sebenarnya. 


Cinta monyet adalah cinta di alam remaja. Kenapa dipanggil cinta monyet. Cuba kita tengok telatah monyet apabila melihat pompuan, pasti monyet itu tidak senang duduk. Buat mulut muncung dan kadang-kadang buat aksi tonggeng untuk mendapatkan perhatian. Tidak kira pompuan itu tua atau muda, cantik atau hodoh, monyet akan tetap berperangai macam itu bila melihat perempuan. begitu juga cinta monyet. cinta yang tidak memberi apa-apa makna. Bercinta tanpa memilih dahulu adakah pasangan itu baik atau jahat, asalkan dapat bercinta. itulah maksud cinta monyet bagiku.

CINTA dan SAYANG membawa maksud berbeza. Kita boleh menyayangi seberapa orang yang kita mahukan. Kita berhak menyangi dan berhak disayangi. Namun berbeza dengan cinta, bagi aku cinta hanya ada dua sahaja iaitu cinta pada ALLAH SWT dan cinta pada RASULULLAH SAW. Cinta lebih agung dari sayang. Oleh itu cintailah Pencipta kita dan pemimpin kita kerana tanpaNya siapa kita di bumi ini. Kita hanya hamba yang kerdil. Tiada kesempurnaan dalam hidup ini. Ingatlah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

No comments:

Post a Comment