WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Tuesday 16 October 2012

AKU RINDU BEBELAN IBUKU

     ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan.. sejahat-jahat mana pon kita dia tetap menganggap kita sebagai anak. dulu aku selalu merungut, ibu x sayangkan aku, selalu jer membebel.. buat itu salah, buat ini salah.. semua yang aku buat ada jer yang tak kena... biler balik rumah mesti kena marah.. mak aku law marah bukan stakat marah jer, membebel la jawabnya.. nak x nak dkt 30 mnt law dia membebel.. aku pg maen bola pon dia membebel, aku tidow pon dia membebel, x dgr cakap dia lagi la membebel... law sehari x membebel memang x sah.. stress oitt bler kena membebel jer... dulu aku rasa macam neraka plak biler duk kat rumah...

     kini aku dah besar, dah x duduk dengan ibu aku lagi.. kini baru aku sedar, ibu aku membebel dkt aku sbb dia syngkan aku.. sbb dia x nak aku terjebak dengan masalah sosial.. dia nak aku jd orng yang berguna.. .
skrang aku dah x kena membebel lagi, law balik kampong pon ibu ku dah x membebel lagi kat aku.. kesian jgak aku tengok adik2 aku kena membebel tiap2 hari... aku dulu macam 2 jgak.. aku x boleh menipu diri aku... aku rinduw bebelan ibuku... bebelan ibuku lah yang membuatkan aku jd seorng insan bkn setan...

huhuuhuhu... apa2 pon aku rindu bebelan ibuku.... aku rindu ibuku.... I LOVE U MOM...


Monday 15 October 2012

LALOH JUNIOR players


( 20 tahun )
(19 tahun )
( 19 tahun )
( 17 tahun )
( 17 tahun )
( 17 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 16 tahun )
( 15 tahun )
( 15 tahun )

Sunday 29 July 2012

zAmAn RemAjAku....

REMAJA.... bagi yang dah dewasa, mesti diorang dah lalui zaman remaja... 
Bagi aku, zaman remaja paling best dalam hidup nie. Nak tau kenapa, sebabnyer di zaman remaja ler yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Terlalu banyak benda yang aku pelajari di zaman remaja.


Menagis, ketawa, gembira, suka duka, pahit manis, cinta, persahabatan dan macam2 lagi dapat aku belajar di zaman remaja. REMAJA mengajar aku erti persahabatan sebenar.. Pesahabatan, ramai orang berkawan tetapi x tahu erti persahabatan, Bila senang, sentiasa bersama, tapi biler susah semua nyer menghilangkan diri. Bagi aku, kalau kita x nak menyusahkan diri kita, sekurang2-kurangnya jangan menyusahkan orang lain.


Remaja juga mengajar aku erti CINTA.. di zaman ini ler aku mengenali cinta monyet..  Orang ader cakap, zaman remaja zaman bercinta.. Aku akui sebab aku sendiri bercinta di zaman remaja.. Tetapi yang aku heran, kenapa bercinta sampai sanggup bunuh diri akibat cinta ditolak. Bagi aku Cinta di zaman remaja hanya cinta monyet.. Cinta yang x mengenal erti Cinta. Aku dulu bercinta macam x bercinta jer.. Cinta minyet ler katakan.


Banyak kenangan manis dan pahit aku di zaman remaja aku, kenangan paling manis buat aku di zaman remaja dulu masa aku form 5. Masa tu aku terlibat dalam perkhemahan agong sekolah aku. Terlalu banyak rintangan masa perkhemahan tu, Sebenarnya, aku pengerusi merangkap skuad leader PBSMM sekolah. Seminggu sebelom perkhemahan, aku diberitahu yang aku x dibenarkan join perkhemahan atas sebab aku terpilih untuk menyertai English Camp peringkat daerah. Cikgu memutuskan aku untuk pergi ker camp tersebut.. Luluh hatiku mendengar khabar tersebut. Aku dah plan selama 2 bln untuk rampas balik mahkota perkhemahan sebab mase aku form 4 kiteorng tewas. nak x nak kena jgak pergi camp.. Tapi alhamdulillah, disebabkan aku nie ketua pengawas, so aku diberi kebebsan untuk memilih antara camping or camp. So, aper lagi, aku pilih camping ler.. Nak dijadikan cerita, team aku bergaduh dengan geng2 Fasilitator sebab geng2 fasilitator dr team pengakap.. pengakap memang musuh kiteorng mase 2. So byk ketidakpuas hatian yang berlaku, termasuk dr segi layanan kepada kami.. Team aku di anak tirikan.. Alhamdulillah, selesai jer perkhemahan, dan sesi pembahagian hadiah, team kami dapat johan keseluruhan.. ahahhahahhaha, segala cita2 aku tercapai walaupon banyak halangan yang kami tempuhi...


Kenagan pahit plak masa aku form 3, setahun aku lalui dengan air mata, bermula dengan kematian kawan ku pada bulan april, member aku dr sekolah rendah ag terlibat dalam kemalangan jalan raya, selang 2 bln, seorang ag sahabat aku meninggal dunia juga kerana kemalangan. Sebulan selepas itu, cg aku pula yang meninggal kerana barah otak.. Yang paling aku kecewa, kejadian bulan august. guru kelas ku yang juga teacher aku merajuk dengan geng2 kelasku disebabkan member aku wat hal. Menangis kiteorng satu kelas meminta maafdekat teacher aku tu. Heboh satu sekolah mengetahui form 3 Khas menangis sebab teacher diorng merajuk.. tp alhamdulillah, keadaan kembali seperti asal selepas seminggu, Teacher kite orng memaafkan semua geng2 aku.. pada bulan 11, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorng lagi ckgu aku akibat kemalangan jalan raya. Dan penutup tahun 2007, bulan disember, seorang lagi kawan aku meninggal dunia akibat kemalangan.. tahun 2007 adalah tahun gelap bagi diriku.. tahun berlinangan air mata


k lah, setakat nie dulu aku cerita kisah2 remaja ku... insyaallah aku akn post lg psal zaman2 remaja nie...

Sunday 1 July 2012

LaLoh JuNior...

geng2 laloh junior 2012... laloh junior baru ditubuhkan pada bulan mei yang lepas....  pemain2 laloh junior berusia 20 tahun ke bawah...

Saturday 24 March 2012

SOLAT itu lebih baik dari TIDUR

ASSOLATUKHOIRUL MINANNAUM..................
( SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR )

     Hanya pada azan subuh sahaja kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa dari azan pada waktu solat yang lain. Sayangnya kita sering alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia.
     Ia bukan semata-mata ayat untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik dari tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.
    Allah membangunkan kita pada waktu subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba anda fikirkan mengapa kalimah itu hanya dilaungkan pada sewaktu solat Subuh, tidak waktu solat yang lain?
     Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Mengapa? Sebabnya, jangka masa inilah berlakunya perubahan pada sistem tubuh, yakni kenaikan tegangan saraf iaitu dalam perubatan Cina turut dikenali sebagai perubahan saraf simpatis ( yang ) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis ( yin ).
     Kajian perubatan Cina ini juga mendapati bermula antara pukul 3.00 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur meningkat. Risikonya, peningkatan adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.
     Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung. Pada tahun 1990-an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuleh darah. Zat yang diberi nama 'nitrik oksida' ini berfungsi untuk mengembangkan atau melebarkan pembuluh darah.
     Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh seseorang sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan banyak gerakan selepas bangun daripada tidur. Bermakna, kadar nitrik oksida dalam darah akan meningkat apabila anda bangun dari tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekali gus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.
     Sesungguhnya, setiap yang telah diwajipkan ALLAH itu terkandung manfaat dan kebaikanya. Allah yang Maha Mengetahu, Dialah yang mengejutkan hamba-hambaNya dari lena dan menerangkan bahawa solat itu lebih baik daripada tidur melalui kalimah azan itu sendiri.

( petikan dari mastika edisi April 2012 )

Tuesday 20 March 2012

KISAH LAWAK : BaPAk bOreK AnaK riNTiK....

Terdapat dua beranak, seorang bapak dan seorang anak. Mereka berdua nie selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. Sudah ramai penduduk sekampung yang jadi mangsa pembohongan mereka berdua. Lama-kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat buruk itu. Bomoh pon mengarahkan dua beranak ini supaya pergi ke sebuah bukit.
 " Panjat sampai ke puncak air terjun, lepas tu terjun! Ada berani?" soal bomoh berkenaan. Hanya cara itu sahaja dapat sembuhkan penyakit suka berbohong. Lalu kedua beranak itu pon memanjat bukit sehingga sampai ke kawasan air terjun. Tapi, masing-masing takut untuk terjun ke bawah. setelah hampir 10 minit, barulah si bapak sanggup terjun dulu. Si anak mula panik bila melihat bapanya tidak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

ANAK : KENAPA LAMA SANGAT, PAK?
BAPAK : BAPAK JUMPA KAWAN KAT BAWAH TADI, DIA AJAK AYAH MINUM KOPI DULU 
KAT WARUNG TU. APA LAGI KAMU TUNGGU, TERJUNLAH!!!!

Lalu si anak pon terjunlah. sekejap saja terus timbul di permukaan air lalu menghampiri bapaknya.

BAPAK : HAH, KENAPA BERBENJOL KEPALA KAMU TU????
ANAK : INI SEMUA BAPAK PUNYA PASAL. BAPAK MINUM KOPI TADI TAK BAYAR. DAH TU SAYA PULAK YANG KENA PUKUL KAT DAHI NIE..

HAHHAHAHHAHAHA... DUA2 KAKI KELENTONG......

Saturday 17 March 2012

mY FirSt LoVE StOry<<<<<<<>>>>>>>>

Cinta pertama... Aku nak kongsikan sedikit psal cinta pertama aku. Mase tu aku baru masuk tingkatan 3. Mase tu aku x guna phone lg, mak aku jer yang ader phone. Pada suatu hari, ada seorang bdak tingkatan satu bagi surat kat aku . Surat dia lbh kurang mcm nie..

hai, assalamualaikum hafifi, nama saya -----, sya sebenarya nak cakap sesuatu kat awk. sye suke sangat kat awk, mse sekolah rendah ag sye suke kat awak. tp skang nie sye dah x sekolah skli ngan awk, sye skolah kat laen, sye rinduw nak tngok muka awak. awak nie hensem ler, dah ler pandai, huhuuu..  nie no phone saya 01----------. saya harap awak sudi ler mesej ngan saye.

So, lepas dpt surat tu, aku pon gile byng ler. Yelaw, bdak tu mmg comel. Aku knl ngan bdak tu, tp x pnh bercakap pon mse kt skolah rendah dulu. Aku x sangka plak dia suke kat aku. huhuhuu.. Ade jgak yg nak kat aku nie. So aku pon curik ler phone mak aku. Aku pon snd msj, dan dr situ ler bibik2 cinta aku dan si dia bermula. 
Dia yng selalu call aku, tp sblm call aku yg snd msj dulu. Bukan aper, kan x psal2 mak aku thu psal nie. kantoii.. Kitorng selalu bergayut, n sepanjang kiteorng couple, kiteorng x pnh jumper pon. Mklumler dia duk kat bndr, aku duk kt kg. X der mse nk jumpe, just bercinta dlm msj jer la.
Pada suatu hari, aku kena pg kem kat smk manek urai, kem bahasa english untuk PMR. Kem 2 selama 3 hari 2 malam. Nak dijadikan cerita, aku kenal ngan bdak sekolah awek aku tu, n kiteorng mmg rapat. Member aku nie boleh tahan hensem ler,n bdak hot kat sekolah dia. Pada malam last tu, member aku cakap dia nak tunjuk something kat aku. Dia cakap nak tunjuk gambar buah hati pengarang jantung dia. Aku pon excited ler nak tengok, mesti awek dia cun giler. Dia pon tunjuk ler, mula2 aku tengok cun jugak awek dia nie. Biler tengok kali kedua, terkejut aku. Ruper-rupernyer tu gambar awek aku. Aku pon cuak ler. Tp aku wak rilex jer. aku pon tnye member aku psal awek dia tu. Dia pon cakap ler yng awek dia nie nama ------, tinggal kat mner, dulu pernah sekolah kat mner n byk ag.
huh, mmg btol ler apa yang dia cakap tu sama macam awek aku. adoi.... Sedihnya kena maen kayu tiga ngan pompuan. Balik jer rumah, aku terus ambik phone mak aku n snd msj kat dia. Aku x ckp byk pon, aku cakap hbngn kter ckp stkt nie dan jgn gangu hdp aku lg. Aku x cakap pon kat member aku yang awek dia 2 awek aku jgak..  aku harap diorng kekal ler. n x lme selepas tu aku dgr diorng clash. x thu ler sebab ape.    itu ler cerita cinta pertama aku. sedihkan. nie la namanya CINTA MONYET. Pengalaman mendawasakan aku, cukuplah sekali aku kena tipu ngan pompuan.