WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Sunday 29 July 2012

zAmAn RemAjAku....

REMAJA.... bagi yang dah dewasa, mesti diorang dah lalui zaman remaja... 
Bagi aku, zaman remaja paling best dalam hidup nie. Nak tau kenapa, sebabnyer di zaman remaja ler yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Terlalu banyak benda yang aku pelajari di zaman remaja.


Menagis, ketawa, gembira, suka duka, pahit manis, cinta, persahabatan dan macam2 lagi dapat aku belajar di zaman remaja. REMAJA mengajar aku erti persahabatan sebenar.. Pesahabatan, ramai orang berkawan tetapi x tahu erti persahabatan, Bila senang, sentiasa bersama, tapi biler susah semua nyer menghilangkan diri. Bagi aku, kalau kita x nak menyusahkan diri kita, sekurang2-kurangnya jangan menyusahkan orang lain.


Remaja juga mengajar aku erti CINTA.. di zaman ini ler aku mengenali cinta monyet..  Orang ader cakap, zaman remaja zaman bercinta.. Aku akui sebab aku sendiri bercinta di zaman remaja.. Tetapi yang aku heran, kenapa bercinta sampai sanggup bunuh diri akibat cinta ditolak. Bagi aku Cinta di zaman remaja hanya cinta monyet.. Cinta yang x mengenal erti Cinta. Aku dulu bercinta macam x bercinta jer.. Cinta minyet ler katakan.


Banyak kenangan manis dan pahit aku di zaman remaja aku, kenangan paling manis buat aku di zaman remaja dulu masa aku form 5. Masa tu aku terlibat dalam perkhemahan agong sekolah aku. Terlalu banyak rintangan masa perkhemahan tu, Sebenarnya, aku pengerusi merangkap skuad leader PBSMM sekolah. Seminggu sebelom perkhemahan, aku diberitahu yang aku x dibenarkan join perkhemahan atas sebab aku terpilih untuk menyertai English Camp peringkat daerah. Cikgu memutuskan aku untuk pergi ker camp tersebut.. Luluh hatiku mendengar khabar tersebut. Aku dah plan selama 2 bln untuk rampas balik mahkota perkhemahan sebab mase aku form 4 kiteorng tewas. nak x nak kena jgak pergi camp.. Tapi alhamdulillah, disebabkan aku nie ketua pengawas, so aku diberi kebebsan untuk memilih antara camping or camp. So, aper lagi, aku pilih camping ler.. Nak dijadikan cerita, team aku bergaduh dengan geng2 Fasilitator sebab geng2 fasilitator dr team pengakap.. pengakap memang musuh kiteorng mase 2. So byk ketidakpuas hatian yang berlaku, termasuk dr segi layanan kepada kami.. Team aku di anak tirikan.. Alhamdulillah, selesai jer perkhemahan, dan sesi pembahagian hadiah, team kami dapat johan keseluruhan.. ahahhahahhaha, segala cita2 aku tercapai walaupon banyak halangan yang kami tempuhi...


Kenagan pahit plak masa aku form 3, setahun aku lalui dengan air mata, bermula dengan kematian kawan ku pada bulan april, member aku dr sekolah rendah ag terlibat dalam kemalangan jalan raya, selang 2 bln, seorang ag sahabat aku meninggal dunia juga kerana kemalangan. Sebulan selepas itu, cg aku pula yang meninggal kerana barah otak.. Yang paling aku kecewa, kejadian bulan august. guru kelas ku yang juga teacher aku merajuk dengan geng2 kelasku disebabkan member aku wat hal. Menangis kiteorng satu kelas meminta maafdekat teacher aku tu. Heboh satu sekolah mengetahui form 3 Khas menangis sebab teacher diorng merajuk.. tp alhamdulillah, keadaan kembali seperti asal selepas seminggu, Teacher kite orng memaafkan semua geng2 aku.. pada bulan 11, aku dikejutkan lagi dengan pemergian seorng lagi ckgu aku akibat kemalangan jalan raya. Dan penutup tahun 2007, bulan disember, seorang lagi kawan aku meninggal dunia akibat kemalangan.. tahun 2007 adalah tahun gelap bagi diriku.. tahun berlinangan air mata


k lah, setakat nie dulu aku cerita kisah2 remaja ku... insyaallah aku akn post lg psal zaman2 remaja nie...

No comments:

Post a Comment