WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Saturday 24 March 2012

SOLAT itu lebih baik dari TIDUR

ASSOLATUKHOIRUL MINANNAUM..................
( SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR )

     Hanya pada azan subuh sahaja kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa dari azan pada waktu solat yang lain. Sayangnya kita sering alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia.
     Ia bukan semata-mata ayat untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik dari tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.
    Allah membangunkan kita pada waktu subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba anda fikirkan mengapa kalimah itu hanya dilaungkan pada sewaktu solat Subuh, tidak waktu solat yang lain?
     Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Mengapa? Sebabnya, jangka masa inilah berlakunya perubahan pada sistem tubuh, yakni kenaikan tegangan saraf iaitu dalam perubatan Cina turut dikenali sebagai perubahan saraf simpatis ( yang ) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis ( yin ).
     Kajian perubatan Cina ini juga mendapati bermula antara pukul 3.00 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur meningkat. Risikonya, peningkatan adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.
     Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung. Pada tahun 1990-an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuleh darah. Zat yang diberi nama 'nitrik oksida' ini berfungsi untuk mengembangkan atau melebarkan pembuluh darah.
     Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh seseorang sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan banyak gerakan selepas bangun daripada tidur. Bermakna, kadar nitrik oksida dalam darah akan meningkat apabila anda bangun dari tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekali gus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.
     Sesungguhnya, setiap yang telah diwajipkan ALLAH itu terkandung manfaat dan kebaikanya. Allah yang Maha Mengetahu, Dialah yang mengejutkan hamba-hambaNya dari lena dan menerangkan bahawa solat itu lebih baik daripada tidur melalui kalimah azan itu sendiri.

( petikan dari mastika edisi April 2012 )

No comments:

Post a Comment