WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Sunday 26 February 2012

video of me and my friend


aku buat video nie untuk mengimbas kembali kenangan bersama kawan-kawan semasa di sekolah menengah dahulu sehingga sekarang. buat teman yang tiada dalam gambar, aku mintak maaf sebab hanya gambar-gambar nie jer yang sempat aku kumpulkan..

erti CINTA dalam hidupku



CINTA....  Apa itu cinta. Pentingkah cinta dalam hidup kita. Siapa yang berhak kita cintai. Adakah cinta hanya mainan di usia remaja. Bercinta untuk keseronokan atau bercinta untuk menunjuk-nunjuk. Ramai yang tidak mengenali cinta yang sebenarnya. 


Cinta monyet adalah cinta di alam remaja. Kenapa dipanggil cinta monyet. Cuba kita tengok telatah monyet apabila melihat pompuan, pasti monyet itu tidak senang duduk. Buat mulut muncung dan kadang-kadang buat aksi tonggeng untuk mendapatkan perhatian. Tidak kira pompuan itu tua atau muda, cantik atau hodoh, monyet akan tetap berperangai macam itu bila melihat perempuan. begitu juga cinta monyet. cinta yang tidak memberi apa-apa makna. Bercinta tanpa memilih dahulu adakah pasangan itu baik atau jahat, asalkan dapat bercinta. itulah maksud cinta monyet bagiku.

CINTA dan SAYANG membawa maksud berbeza. Kita boleh menyayangi seberapa orang yang kita mahukan. Kita berhak menyangi dan berhak disayangi. Namun berbeza dengan cinta, bagi aku cinta hanya ada dua sahaja iaitu cinta pada ALLAH SWT dan cinta pada RASULULLAH SAW. Cinta lebih agung dari sayang. Oleh itu cintailah Pencipta kita dan pemimpin kita kerana tanpaNya siapa kita di bumi ini. Kita hanya hamba yang kerdil. Tiada kesempurnaan dalam hidup ini. Ingatlah, dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

Sunday 19 February 2012

kisah sedih di thailand

minggu lepas aku ikut member aku pg kt bukit kayu hitam. Jalan2 sambil makan angn. Sebelum pulang ke peneng, member aku bawak aku masuk thailand untuk dinner kat sana. Dia cakap ada satu kedai yang best kat sana. So, aku ikut jer la. Masuk je thailand aku nampak bezanya budaya orang malaysia dengan thailand. Jauh bezanya.

Aku sbenarnya nak cerita satu cerita sedih. Kisah nyer berlaku masa kite orng tunggu makanan nak sampai. masa 2 kiteorng sedang rancak berborak. tiba2 member aku terkejut. Aku heran apsal plak member aku nie. Dia terkejut trngok seorang budak tengah menyembahnya. Sebenarnya budak tu bukan menyembahnya, tp meminta simpati dari kami. Aku merenung ke arah budak itu, aku tatapi wajahnya yang kusut masai tu. hatiku tersentuh bila melihat keadaan budak tu. member aku pon bagi ler duit kat budak 2. lepas tu dia pg plak ke meja laen.. slepas meja aku, dia ke meja sebelah. aku tengok jer budak nie. budak nie aku anggarkan dalam usia 8-10 tahun.

orang yang sebelah aku nie langsung x endahkan budak tu. aku tengok budak tu sedih, dan air mata nya mengalir. huh.. sedihnya.. terharu, aku rasa nak menangis jer,. tapi aku tahan sebab malu dengan member2 yang laen.. lepas 2 budak 2 pg ke meja yang terakhir. ada seorng pemuda menghulurkan wang, dan memberikan air kepada budak 2. lepas 2 budak 2 terus menghilangkan diri..

sepanjang perjalanan pulang ke pulau pinang, aku asyik teringatkan budak 2. nasibnya yang begitu amat menyedihkan. aku x boleh nak bayangkan sekiranya budak itu aku sendiri atau adik aku sendiri. terpaksa meminta sedekah dan simpati untuk sesuap nasi. aku hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara dan memberikan kekuatan pada budak tu....

Friday 10 February 2012

DIJUMPAI SEMULA SELEPAS 6 HARI HILANG ....

BUKIT MERTAJAM- selipar kesayanganku dijumpai semula selepas hilang selama 6 hari, 
selipar tu hilang pada hari jumaat lepas masa aku solat jumaat kat masjid jalan baharu. aku pakai selipar sandel sebab x der selipar laen, biasewnyer x hlng pon, tp nasib ari tu malang, bila aku keluar masjid n pg tmpt rak kasut, aku tgok selipar aku sudah hilang, puas aku cari tp x jumpa, aku pon apa lagi, pau selipar jepon n terus balik. bengang aku sebab selipar kena curi. 
nie ler gambar sandal yang hilang 2


hari2 aku cuba cari kot2 ada bdak2 yg pakai selipar aku, namun x jumpa,2-3 kali aku pg masjid pon still x jumpa. petang semalam, sebelom aku nak maen bola, aku pusing2 dulu satu taman, tiba2 hatiku tergerak nak lalu ikut depan masjid, masa aku lalu 2 aku jngok kat dalam masjid, lpas tu aku ternampak selipar aku berada atas rak, aku pon masuk dalam masjid n trs ke rak, nasib aku baek sbb mmg btol slipar aku, alhamdulillah, jumpa jgok selipar aku. ygaku heran, saper yg letak balik kat situ, sedangkan dah 2-3 kali aku datg msjd 2 untuk cri selipar tp x jumpa2. apa-pon aku bersyukur kerana jumpa balik selipar 2. dah ler harga RM150.. saper x bengang kalau hilang kan...

Thursday 9 February 2012

PUISI BUAT DIRIMU YA RASULULLAH

Di keheningan malam yang indah,
rembulan terang memancarkan cahayanya,
bintang-bintang tidak pernah berhenti berkelipan,
deruan angin malam yang menusuk di kalbuku,
membuat aku rindu padamu ya RASULULLAH,

aku rindu kepimpinanmu,
aku rindu kebijaksanaanmu,
aku rindu keberanianmu,
aku rindu kecekalanmu,
aku rindu senyuman darimu ya RASULULLAH,

walaupon kita tidak pernah bersua,
walaupon kita belum pernah berbicara,
walaupon kita tak pernah bergurau senda,
namun hatiku aku tetap merinduimu,
jiwaku tetap akan menyintaimu ya RASULULLAH,

cintaku padamu sejauh nun jauhnya langit ke 7,
rinduku padamu bagaikan bunga yang mekar mewangi,
kasihku padamu umpama matahari yang terang menyinar,
sayangku padamu ibarat air sungai yang mengalir jernih,
hanya dirmu yang ku rindui ya RASULULLAH,


sinar matamu bagaikan cahaya yang menerangi hidupku,
anggun wajahmu bak ombak di laut yang tenang,
budi pekertimu tiada tandingan,
pengorbananmu akan ku kenang sepanjang zaman,

andai dapat ke bertentang mata denganmu,
andai dapat kebersua muka denganmu,
andai dapat ku bebicara denganmu,
andai dapat ku mencium tanganmu,
itulah makna kebahagian buat diriku,
buat pengubat hatiku yang rindu,
buat penawar jiwaku yang selalu menyintaimu,

ya RASULULLAH,
aku terlalu sayang padamu,
aku terlalu cinta pada dirimu,
aku terlalu kasih dengan tubuhmu,
aku terlalu rindu dengan budi pekertimu,
aku sayang, cinta, kasih, rindu padamu ya rasulullah.

Nukilan
Nama : Muhammad NorHafifi bin Muhammad @ Muhammad Nawi