WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Tuesday 20 March 2012

KISAH LAWAK : BaPAk bOreK AnaK riNTiK....

Terdapat dua beranak, seorang bapak dan seorang anak. Mereka berdua nie selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. Sudah ramai penduduk sekampung yang jadi mangsa pembohongan mereka berdua. Lama-kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat buruk itu. Bomoh pon mengarahkan dua beranak ini supaya pergi ke sebuah bukit.
 " Panjat sampai ke puncak air terjun, lepas tu terjun! Ada berani?" soal bomoh berkenaan. Hanya cara itu sahaja dapat sembuhkan penyakit suka berbohong. Lalu kedua beranak itu pon memanjat bukit sehingga sampai ke kawasan air terjun. Tapi, masing-masing takut untuk terjun ke bawah. setelah hampir 10 minit, barulah si bapak sanggup terjun dulu. Si anak mula panik bila melihat bapanya tidak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah bapaknya naik dan menghampiri anaknya.

ANAK : KENAPA LAMA SANGAT, PAK?
BAPAK : BAPAK JUMPA KAWAN KAT BAWAH TADI, DIA AJAK AYAH MINUM KOPI DULU 
KAT WARUNG TU. APA LAGI KAMU TUNGGU, TERJUNLAH!!!!

Lalu si anak pon terjunlah. sekejap saja terus timbul di permukaan air lalu menghampiri bapaknya.

BAPAK : HAH, KENAPA BERBENJOL KEPALA KAMU TU????
ANAK : INI SEMUA BAPAK PUNYA PASAL. BAPAK MINUM KOPI TADI TAK BAYAR. DAH TU SAYA PULAK YANG KENA PUKUL KAT DAHI NIE..

HAHHAHAHHAHAHA... DUA2 KAKI KELENTONG......

No comments:

Post a Comment