WeLcOMe To My bLog.........

WeLcOMe To My bLog.........

Monday 23 January 2012

KISAH SERAM DI TAMAN NEGARA MERAPOH



cerita nie berlaku pada tahun 2007. Nie adalah kali kedua aku mengikuti perkhemahan peringkat sekolah. aku mewakili pasukan PBSM yng mana kteorng menang johan keseluruhan pada tahun tu. nie la first time kteorng menang keseluruhan dalm perkhemahan peringkat sekolah. perkhemahan kali ini diadakan di taman negara merapoh, pahang. kami berkhemah selama 4 hari 3 malam.


kisah seram ini berlaku pada hari ke-3, sehari sebelom kami tamat perkhemahan. pada hari tu kami membuat aktiviti jungle tracking. kami terpaksa berjalan di dalam hutan menuju ke gua gajah yang terletak di dalam taman negara. sememangnya taman negara ini terkenal dgn gua gajah. kami terpaksa berjalan 5.5km ke gua tersebut dan patah bailk 5.5km ke tapak perkhemahan. so, kami terpaksa menmpuh 11km untuk menamatkan jungle tracking nie. alhamdulillah tiada apa2 berlaku semasa ke gua gajah tersebut. dalam gua tersebut kami dibawa melihat sarang kelawar dan batu yng menyerupai bentuk kepala gajah. selepas itu kami pulang ke tapak perkhemahan. kami mengambil masa dalam 4 jam untuk aktiviti ini. alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak elok berlaku terhadap kami, cuma hanya beberapa orang sahaja yang pengsan akibat sesak nafas. alhamdulillah mereka sedar selepas dibantu oleh cikgu dan geng2 kami.


petang itu kami tidak menjalankan apa-apa aktiviti kerana agak keletihan. kami hanya diberikan masa untuk membuat persiapan ataupon rehearsal malam bakat yng akan diadakan pada malam nanti. setiap pasukan beruniform dibenarkan membuat rehearsal dimana sahaja. kira-kira dalam pkul 6, hujan turun renyai2. kami pon mengambil keputusan untuk pulang ke tapak perkhemahan, dikawasan tapak perkhemahan itu, pasukan pengakap tengah membuat rehearsal di mana mereka berdikir barat. hujan terus turun dengn lebat manakala pasukan pengakap masih lagi berdikir barat. selepas itu cikgu mengarahkan mereka untuk berhenti kerana x elok berdikir barat pada waktu2 hujan.  


kini sudah masuk waktu maghrib, kami diarahkan membuat persedian untuk ke surau. hujan renyai2 sambil angin bertiup sepoi. tiba2 kedegaraan seorng peserta perempuan meraung di hadapan tandas perempuan. dalam pada itu kilat mula sabung menyabung, dan tidak semena-menanya bekalan elektrik terputus. sekeliling kawasan perkhemahan menjadi gelap. cikgu mengrahkan semua berkumpul. dalam pada masa yang sama, dua lagi peserta perempuan turut dirasuk. keadaan menjdi semakin teruk. kilat tidak berhenti sabung mnyabung. cikgu mengarahkan semua peserta berkumpul di dalam surau. semua pesrta di kumpulkan di dalam surau bersama 3 orang peserta perempuan yang dirasuk. kami diminta untuk melaungkan azan dan membaca surah yassin..


keadaan menjadi lebih teruk, 3 orang tadi meracua2 apabila azan berkumandang dan bacaan yassin dialunkan. peserta-peserta laen termasuk aku mulai merasai ketakutan dan hanya mampu memegang surah yassin sahja. tiba2 seorng lagi diasuk. kali nie pesrta lelaki.peserta lelaki yang dirasuk itu cuba untuk keluar dari surau namun sempat di halang oleh cikgu.  ke-empat2 mereka meracau2 sambil alunan yassin masih kedengaran. tidak lama selepas itu, seorang bomoh datang.  malangnya bomoh tersebut x dapat buat apa2.


keadaan semakin tenat, semakin ramai yang dirasuk, sudah pon menjangkau 10 orang yang dirasuk. aku terus sahaja membaca yassin bersama member2 yang laen. tiba2 member yang berada di belankangku pulak meraung, hatiku luluh, seorng lagi dirasuk. aku cepat2 membaca surah yassin. baca dan terus baca tanpa mengendahkan orng laen kerana takut. aku rasa terlalu takut. aku hanya memikirkan hendak pulang kerumh sahaja. sudah tidak tahan degan keakutan ini. dalam pada aku mebaca yassin itu, tiba2 kawan di sebelahku terdiam dengan tidak semena2nya. aku semakin takut. badannya keras, matanya melopong. member2 yang laen cuba membantu, dia x bergerak langsung. aku semakin takut. menggigil seluruh badan ku, akhirnya seorng member ku mengalungkan azan di telinganya dan akhirnya dia kembali kepada normal.  


keadaan masih lagi tenat, kira-kira 14 orng peserta telah dirasuk, cikgu mengarahkan semua peserta keluar dari surau bagi memulihkan peserta-peserta yang dirasuk. selepas hampir satu jam, akhirnya keadaan kembali normal. kesemua peserta yang dirasuk sudah pulih namun kesemuanya sudah tidak bermaya. seorng peserta terpaksa dikejarkan kehospital keran sesak nafas. kami dikumpulkan di tempat makan dan x dbenarkan kembali ke tapak perkhemahan. kami semua tidow di tempat makan namu aku x boleh melelapkan mata kerana masih lagi trauma dengan peristiwa itu. 


keesokannya keadaan kembali normal,  selepas sesi pembahagian hadiah kami terus bersiap untuk pulang.  


di sekolah heboh tentang peristiwa itu, menurt cikgu, gangguan tersebut berlaku kerana pesrta membuat bising semasa berada di dalam gua gajah. dan satu lagi sebabnya bermain gong iaitu salah satu alat yang digunakan untuk dikir barat. menurut pengamal, benda2-benda halus amat sensitif apabila gong di palu pada waktu2 hampir maghrib..

3 comments:

  1. x ku sengka.. ak jale 11 km. pokmat kna male 2.. haha

    ReplyDelete
  2. ramai lagi hok kena male 2...
    di sekoloh pon trjd jgk histeria slps blk dr perkhemahan 2

    ReplyDelete